Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Harap boleh menang lagi, kata penyokong

Maghribi di ambang sejarah Piala Dunia
Dec 14, 2022 | 05:30 AM



SETELAH menyebabkan tangisan di Brussels, Madrid dan Lisbon - adakah air mata bakal menitis juga, kali ini, di Paris?



Kejutan yang dilakukan Maghribi ke atas pasukan gergasi - Belgium, Sepanyol dan Portugal - bermakna pasukan pimpinan Walid Regragui kini selangkah lagi daripada pentas terbesar bola sepak bahkan sukan terunggul di bumi ini, iaitu perlawanan akhir Piala Dunia.



Sebelum itu, Maghribi perlu dahulu mengatasi juara bertahan, Perancis, dalam perlawanan di Stadium Al Bayt, di bandar Al Khor, Qatar, malam ini (3 pagi esok waktu Singapura).



Meskipun perlawanan itu diadakan di bandar Al Khor, yang terletak kira-kira 45 kilometer dari ibu kota, Doha, namun Maghribi boleh meraih inspirasi dan semangat bukan hanya daripada sokongan Afrika, benua yang diwakilinya, malah dunia Arab yang turut bersatu hati melahirkan sokongannya kepada negara majoriti Muslim itu.



Sepanjang Piala Dunia di Qatar ini, Maghribi telah menjadi pasukan pilihan dunia Arab.



Selepas mengalahkan Sepanyol dalam perlawanan yang menjamin tempat mereka dalam peringkat suku akhir, Maghribi menerima ucapan tahniah menerusi kenyataan bersama daripada Menteri Kebudayaan yang mewakili 20 negara Arab, yang sedang berhimpun di Arab Saudi dalam Persidangan Menteri Dunia Arab yang Bertanggungjawab bagi Ehwal Budaya ketika itu.



Kenyataan itu mengatakan, menteri-menteri negara Arab tersebut mengucapkan tahniah dan rasa bangga mereka atas pencapaian pasukan yang diberi gelaran Atlas Lions itu.



Naib-presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid, turut mengirimkan kata-kata semangat menerusi Twitter:



"Yang mustahil bukan bagi Maghribi... Yang mustahil bukan bagi dunia Arab... Maghribi, kami bangga dengan pencapaian kamu!"



Malam ini, dunia Arab dan peminat bola sepak sedunia teruja mengikuti perlawanan ini dengan penuh harap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >