Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sebelum Gareth Bale, beberapa pemain bertaraf bintang yang lain juga pernah kembali ke pangkuan kelab yang ditinggalkan, dengan nasib yang berbeza-beza

Sep 27, 2020 | 12:00 AM



Paul Pogba



Manchester United (2011-12, 2016 sehingga masa ini)



BELIAU meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Juventus dengan harga £1.5 juta ($2.61 juta) selepas hanya tampil tujuh kali bagi pasukan pertama dalam 2012. Beliau berusia 19 tahun pada ketika itu. Pengurus United pada ketika itu, Sir Alex Ferguson berkata beliau senang hati melihat Pogba keluar dari kelab kerana pemain itu tidak menghormati kelab. Kurang empat tahun selepas itu, United memecah rekod dunia untuk membelinya semula dengan harga £89 juta.




Robbie Fowler



Liverpool (1993-2001, 2006-7)



PEMAIN bertaraf ikon di Liverpool ini dibelenggu kecederaan yang menyebabkan beliau diketepikan semasa di Manchester City pada 2005. City membatalkan kontraknya dan beliau menyertai Liverpool sekali lagi pada Januari 2006.



Beliau tidak dapat menandingi purata gol yang dijaringkan semasa pertama kali di Anfield - 171 gol dalam 330 perlawanan, tetapi berjaya menjaringkan 12 gol yang meletakkannya di tangga keenam penjaring gol terbanyak kelab itu.




 




Sol Campbell



Arsenal (2001-06, 2010)



CAMPBELL, yang berpindah dari Tottenham Hotspur ke Arsenal menghabiskan masa lima tahun di sana, memenangi dua trofi EPL, tiga Piala FA dan menjaringkan gol dalam final Liga Juara-Juara Eropah 2006 di mana Arsenal tewas kepada Barcelona.



Namun, selepas berpindah ke Portsmouth selama tiga tahun, Campbell mencuba nasib di Notts County pada usia 35 tahun, di mana beliau membatalkan kontraknya beberapa hari selepas perlawanan pertama.



Terdesak, Campbell berlatih dengan Arsenal untuk mengekalkan kecergasannya dan kelakonannya dalam latihan mendesak pengurus Arsenal pada ketika itu Arsene Wenger untuk mengambilnya semula sebagai pemain pada Januari 2010.




Juninho



Middlesbrough (1995-97, 1999-2000 (pemain pinjaman), 2002-04)



PEMAIN asal Brazil ini tidak akan dilupakan oleh peminat Middlesbrough atau peminat EPL kerana beliau meninggalkan kesan yang mendalam selepas menyertai kelab itu dari Sao Paolo pada November 1995.



Beliau membantu Boro melangkah ke final Piala FA dan Piala Liga pada 1997, tetapi gagal membantu mereka elak tersingkir dari EPL pada tahun yang sama. Juninho meninggalkan kelab itu untuk menyertai Atletico Madrid, tetapi kembali ke Boro sebagai pemain pinjaman pada September 1999.



Dibelenggu kecederaan, Juninho 'bergelut' untuk mencapai tahap persembahan yang sama dan beliau dilepaskan kelab itu. Namun, pada 2002, Boro sekali lagi membeli Juninho pada harga £6 juta dan kali ketiga menyarung jersi Boro nyata membawa tuah. Juninho membantu Boro menjulang Piala Liga dan melayakkan diri ke Eropah pada 2004.




Jermain Defoe



Tottenham Hotspur (2004-08, 2009-14)



SELEPAS menyertai Spurs buat kali pertama dari West Ham pada 2004, Defoe menjaringkan 64 gol dalam 177 perlawanan dan menjadi pemain tetap dalam skuad England.



Beliau berpindah ke Portsmouth pada musim 2008-09 sebelum kembali ke White Hart Lane untuk menjaringkan lagi 79 gol dalam 186 perlawanan - memahat nama sebagai penjaring gol keenam terbanyak Spurs.




Thierry Henry



Arsenal (1999-2007, 2012 (dipinjamkan oleh New York)



Penyokong Arsenal bak tidak percaya apabila penyerang azimat mereka kembali ke Arsenal selama dua bulan dari New York pada 2012.



Henry, yang meninggalkan Arsenal dengan dua kejuaraan liga dan tiga Piala FA tidak mengecewakan. Memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan, Henry muncul lewat dalam separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas Leeds dalam Piala FA - perlawanan pertama sekembalinya ke Stadium Emirates. Henry juga menjaringkan gol kemenangan ke atas Sunderland dalam perlawanan liga terakhir.




Wayne Rooney



Everton (2002-04, 2017-18)



ROONEY menjaringkan 17 gol dalam 77 perlawanan di Goodison Park sebelum menyertai Manchester United pada harga £27 juta dalam 2004.



Beliau memenangi lima kejuaraan EPL, dan satu trofi Liga Juara-Juara, Liga Europa, dan Piala FA sebelum menyertai Everton semula pada Julai 2017.



Beliau mengakhiri musim perrtama kembali ke Goodison Park sebagai penjaring gol terbanyak, tetapi memutuskan untuk berpindah ke Amerika Syarikat dan menyertai DC United dalam Liga Bola Sepak Major selepas itu.




Didier Drogba



Chelsea (2004-12, 2014-15)



PEMAIN yang berasal dari Ivory Coast ini dianggap sebagai penyerang Chelsea yang terbaik dalam era Liga Perdana England dan tempoh kedua di kelab itu tidak menjejas kedudukannya itu.



Drogba memenangi 10 trofi utama, termasuk tiga gelaran EPL dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah dalam lapan musim pertama, dan kembali untuk memenangi trofi EPL keempat pada usia 37 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >