Olimpik: Brazil kalahkan Jerman untuk raih emas bola sepak

RIO DE JANEIRO: Brazil meraih emas bola sepak Sukan Olimpik Rio 2016 apabila ia mengalahkan Jerman melalui tendangan penalti di Stadium Maracana pada Sabtu malam (waktu Brazil).

Ini kali pertama juara Piala Dunia lima kali itu memenangi pingat emas Olimpik dalam bola sepak.

Apabila bola sepakan percuma indah Neymar terkena bahagian bawah palang gol dan melantun ke dalam jaring, ngauman besar peminat pasukan Selecao itu bergema.

Apatah lagi Jerman menimpakan kekalahan paling besar yang pernah dialami Brazil, 7-1, pada Piala Dunia 2014.

Walaupun Sukan Olimpik merupakan pertandingan bawah 23 tahun dan hanya seorang pemain - Neymar - daripada pasukan Piala Dunia itu, gol itu keadilan manis untuk tuan rumah Olimpik Rio.

Namun, Jerman menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua, membuat dua pasukan itu terikat 1-1 pada akhir masa rasmi.

Jika Neymar wira Brazil, pemaian gantian Nils Petersen bak 'penjahat' bagi Jerman.

Petersen gagal menjaringkan gol kelima dan akhir Jerman semasa sepakan penalti, dengan dua pasukan itu terikat 4-4, membolehkan Neymar menghasilkan gol kemenangan buat Brazil.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 73
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.