Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Polis Brazil timbang kenakan perenang AS tuduhan vandalisme, kenyataan palsu

Aug 19, 2016 | 03:23 PM



RIO DE JANEIRO: Polis Brazil sedang menimbangkan mengenakan tuduhan vandalisme dan memberi keterangan palsu terhadap empat perenang Olimpik Amerika Syarikat, kata ketua polis Rio pada Khamis (18 Ogos), sambil menuduh mereka berbohong tentang kejadian yang mencemari Olimpik pertama Amerika Selatan itu.



Tiga daripada empat perenang terlibat dalam kejadian di sebuah kedai minyak di Rio itu sedang dihalang daripada meninggalkan Brazil sementara menunggu hasil siasatan polis.



Perenang keempat, pemenang pingat emas Ryan Lochte, sudah pulang ke Amerika pada Isnin.



Tiga lagi perenang terlibat ialah pemenang pingat emas Jimmy Feigen, serta Gunnar Bentz dan Jack Conger.



"Secara teori, mereka boleh diminta bertanggungjawab - mereka, maksud saya seorang atau dua atau keempat-empat mereka - kerana secara palsu melaporkan jenayah dan melakukan vandalisme," kata Encik Fernando Veloso dalam satu sidang akhbar.



Beliau berkata kedua-dua kesalahan itu tidak membawa hukuman penjara.



"Tidak ada rompakan berlaku sebagaimana yang perenang itu katakan."



Polis mula menyiasat insiden tersebut selepas Lochte memberitahu televisyen Amerika mereka dirompak oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menyamar sebagai pegawai polis, yang menahan teksi mereka pada awal pagi Ahad, sedang mereka pulang ke Kampung Atlet daripada sebuah parti.



Encik Veloso berkata siasatan mendedahkan teksi perenang itu berhenti di sebuah kedak minyak dan mereka berkelakuan panas baran dan merosakkan bilik air di situ.



Mereka memecahkan cermin dan pemegang sabun, katanya, sambil menambah bahawa mereka kemudian memberi wang 100 real ($41) dan AS$20($28) sebagai pampasan.



Menurut cerita Lochte, mereka dirompak AS$400.



Pada satu ketika, seorang pengawal keselamatan mengeluarkan senjata api selepas seorang perenang berkelakuan tidak tentu hala, ujar Encik Veloso, sambil menambah pengawal itu tidak bertindak berlebihan.



Terdahulu, TV Brazil menyiarkan video yang menunjukkan para perenang itu tidak mencerita kebenaran keseluruhan dalam cerita asal mereka. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >