Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Schooling dan Quah Zheng Wen masuk separuh akhir 100m kupu-kupu

Aug 12, 2016 | 07:21 AM



RIO DE JANEIRO: Perenang Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen mencatat sejarah bagi Singapura selepas kedua-duanya menjadi antara 16 perenang terpantas dalam saringan acara 100m kuak kupu-kupu lelaki Sukan Olimpik Rio 2016.



Ini kali pertama Singapura mempunyai dua perenang dalam peringkat separuh akhir acara yang sama di Olimpik.



Schooling mencatat masa 51.41 saat, lebih pantas daripada juara Amerika Syarikat, Michael Phelps, dalam saringan, sementara Quah mencatat masa 52.08 di Pusat Akuatik Olimpik di Rio.



Schooling, 21 tahun, juga perenang paling pantas dalam kalangan 16 peserta separuh akhir.



Beliau dan Quah, 19 tahun, akan cuba mencatat satu lagi rekod, dengan menjadi perenang lelaki tempatan pertama memasuki peringkat akhir.



Tao Li satu-satunya warga Singapura yang mencapai rekod itu sebelum ini. Beliau menduduki tempat kelima dalam acara 100m kupu-kupu di Olimpik Beijing 2008.



Peringkat separuh akhir acara 100m kupu-kupu akan bermula pada 10.34 pagi Jumaat waktu Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >