Olimpik: Schooling gagal ke final acara 100m gaya bebas

RIO DE JANEIRO: Perenang terbaik Singapura Joseph Schooling gagal memasuki peringkat akhir acara gaya bebas 100m Sukan Olimpik Rio 2016.

Perenang berusia 21 tahun itu mencatat masa 48.7 saat untuk menduduki tempat kelapan dalam separuh akhir, dan ke-16 keseluruhannya pada Selasa malam (9 Ogos waktu Brazil) di Pusat Akuatik Olimpik.

Hanya lapan perenang layak ke peringkat akhir, yang akan diadakan pada Rabu malam di Rio.

Sebelum ini, Schooling memecahkan rekod kebangsaan Singapura dengan catatan masa 48.27sec untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Juara 100m gaya bebas dunia dari China, Ning Zetao, menjadi peserta terbesar gagal ke peringkat akhir.

Schooling kini akan memberi tumpuan pada acara 100m kuak rama-rama, acara kegemarannya, pada Khamis (1.16 pagi Jumaat waktu Singapura).

Beliau memenangi pingat gangsa bersejarah pada kejohanan dunia tahun lalu dalam acara ini dan dijangka sekurang-kurangnya melangkah ke peringkat akhir di Olimpik Rio.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.