Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Schooling tumpu pada acara kupu-kupu 100m dan gaya bebas 100m

Aug 03, 2016 | 12:15 PM



RIO DE JANEIRO: Perenang Joseph Schooling tidak akan mengambil bahagian dalam acara renang kupu-kupu 200 meter lelaki di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, kerana mahu memberi tumpuan pada acara 100m.



Perenang berusia 21 tahun itu akan bersaing dalam acara kupu-kupu 100m kegemarannya serta acara gaya bebas 100m. Keputusan itu, yang dibuat untuk memanfaatkan peluang Schooling memasuki peringkat akhir dalam kedua-dua acara 100m, diumum pada Selasa malam (pagi Rabu, waktu Singapura).



Schooling, yang memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia tahun lalu dalam acara kupu-kupu 100m, layak memasuki empat acara, dengan acara 200m tidak ditimbangkannya sejak awal.



Rakan sepasukannya, Quah Zheng Wen, akan mengambil bahagian dalam ketiga-tiga acara yang beliau layak - lentang 100m dan kupu-kupu 100m serta 200m.



Kakaknya, Ting Wen, menyertai acara kupu-kupu 100m.



Ketua jurulatih berenang, Sergio Lopez, berkata keputusan agar Schooling menyertai dua acara sahaja dibuat bersama perenang itu dan Eddie Reese, jurulatih Schooling di Universiti Texas yang juga ketua jurulatih tiga kali pasukan renang lelaki Amerika Syarikat.



Pertandingan renang bermula pada Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >