Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Usain Bolt menang emas 100m tiga kali berturut-turut

Aug 15, 2016 | 11:52 AM



RIO DE JANEIRO: Usain Bolt mengaum menempa sejarah Olimpik pada Ahad (14 Ogos) apabila beliau menjuarai mahkota 100m ketiga berturut-turut untuk mengesahkan tempatnya dalam senarai atlet terhebat dunia.



Legenda Jamaica berusia 29 tahun itu, yang bertanding dalam Sukan Olimpik terakhirnya, menamatkan perlumbaan itu dalam masa 9.81 saat, mengalahkan pesaing dari Amerika Syarikat yang pernah dicemari isu dadah, Justin Gatlin, yang meraih perak, dengan Andre De Grasse dari Canada mendapat gangsa.



Gatlin, yang diejek penonton di Rio apabila namanya diumum sebelum perlumbaan, mencatat masa 9.89 saat, manakala De Grasse 9.91 saat.



"Cemerlang. Saya tidak berlari begitu pantas tetapi saya amat gembira saya menang. Saya 'kan sudah memberitahu anda semua saya akan melakukannya," kata Bolt.



Kemenangan itu menjadikan Bolt sendirian dalam sejarah 120 tahun lari pecut di Sukan Olimpik moden - tiada atlet lain, baik lelaki mahupun wanita, pernah memenangi tiga gelaran pecut Olimpik individu berturut-turut.



Ia juga meletak beliau di landasan betul untuk melengkapkan pencapaiaan luar biasa - juara 100m, 200m dan berganti-ganti 4x100m Sukan Olimpik tiga kali berturut-turut. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >