Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Wanita AS jaya ke final relay lepas 'tersingkir'

Aug 19, 2016 | 10:02 AM



RIO DE JANEIRO: Pasukan relay 4x100m Amerika Syarikat memenangi perlumbaan solo mereka menentang jam untuk menempah tempat dalam perlumbaan akhir Sukan Olimpik Rio 2016 pada Khamis (18 Ogos).



Kuartet Tianna Bartoletta, Allyson Felix, English Gardner dan Morolake Akinosun itu mencatat masa 41.77 saat untuk menyingkir China daripada perlumbaan akhir pada Jumaat.



Sebelum itu, dalam peringkat saringan pada sebelah pagi, pasukan juara bertahan itu tersingkir selepas baton mereka terjatuh semasa pertukaran antara Felix dan Gardner.



Tetapi mereka diberi satu peluang lagi selepas ulang tayang video menunjukkan Felix dilanggar hingga hilang imbangan oleh pelari Brazil Kauiza Venancio semasa beliau bersedia untuk menyerahkan baton kepada Gardner.



Pasukan Amerika itu mendaftarkan bantahan dan pegawai perlumbaan membatalkan pasukan Brazil, tetapi memutuskan pelari Amerika itu mesti berlari dalam perlumbaan solo sangat luar biasa untuk mengalahkan masa kelayakan kelapan terpantas, iaitu 42.70 saat, oleh China.



Keputusan tersebut menimbulkan kemarahan pegawai China tetapi bantahan mereka kemudiannya ditolak oleh Persatuan Antarabangsa Persekutuan Atletik (IAAF). - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >