Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Osaka sasar kembali ke takhta, ambil inspirasi anaknya

Feb 12, 2024 | 05:30 AM



ABU DHABI: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Naomi Osaka, percaya yang beliau mampu duduki antara tempat teratas dalam ranking dunia menjelang akhir 2024, hasil inspirasi menjadi ibu baru.


Juara Grand Slam empat kali itu mengalami kekalahan awal dalam Terbuka Australia setelah sekitar 15 bulan tidak menceburi sukan itu selepas melahirkan anak pertamanya.

Namun Osaka yakin kembali ke takhta sedang beliau buat persiapan menghadapi pertandingan WTA 500 di Abu Dhabi.

“Sudah pasti saya mempunyai penghormatan terhadap para pemain bertaraf dunia dan segala yang telah mereka lakukan sejauh ini.

“Tapi saya tidak anggap diri saya sebagai pencabar, dan itulah yang aneh,” kata Osaka dalam satu temu ramah dengan media.

“Memang saya tahu apa kemampuan saya yang sebenar dan saya tahu ramai yang akan menjangkakan kenyataan yang hebat daripada saya.

“Namun saya berharap untuk terus naik ke takhta pada 2024, mudah-mudahan pada akhir tahun ini.

“Jika tidak, saya akan tetap bersabar. Saya memang seorang yang penyabar tapi saya yakin akan naik ke takhta satu hari nanti,” jelasnya.

Sudah pasti banyak pengorbanan yang perlu ditempuhi pemain berusia 26 tahun ini untuk kembali ke senarai kedudukan teratas dunia.

Sebagai bekas pemain nombor satu dunia, Osaka yang merupakan salah seorang pemain wanita dengan pendapatan tertinggi, sudah biasa kehidupannya dirakam.

Ini termasuk semasa sesi latihan, yang sering dikongsi beliau menerusi akaun media sosialnya, perlawanannya atau wawancara bersama media.

Apatah lagi, beliau menjadi seorang ibu pada Julai 2023. Bagi Naomi, anak perempuannya, Shai, merupakan pendorong untuk mencapai sasarannya itu.

Begitu juga ketika anak perempuannya itu dilahirkan.

“Saya merupakan seorang yang menetapkan sasaran tinggi dan mungkin juga saya hanya akan dapat capai 25 peratus daripada sasaran itu. Namun 25 peratus sudah dianggap hebat.

“Saya bukan seseorang yang hanya ingin sasarkan ke peringkat suku akhir Grand Slam. Ia sudah dianggap baik, tapi saya sasar lebih tinggi,” katanya yang terus merakam latihannya.

Osaka yang bercadang bermain di Dubai, Indian Wells, Miami dan Charleston untuk kembalikan rentak permainan, berkata menjadi ibu bak memberinya satu perspektif baru.

“Saya fikir kehadiran anak saya, Shai, mengimbangi kehidupan saya. Yang pasti, rasanya seronok untuk mengetahui bahawa walau apa pun berlaku, akan ada seseorang yang akan mencintai saya dan menyayangi diri saya.

“Buat masa ini, hanya Shai sahaja yang saya fikirkan,” kata Osaka lagi.

Yang jelas, di sebalik semua kejayaan yang dicapai, di sebalik semua piala yang dijulangnya, keluarga tetap keutamaan baginya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >