Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Pac Man' dijangka derma separuh pendapatannya

May 04, 2015 | 06:35 PM



PETINJU Filipina, Manny Pacquiao, dijangka mendermakan separuh daripada hasil pendapatan yang diraih daripada perlawanan tinju dengan peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather Jr, pada Sabtu lalu, untuk tujuan kebajikan.


Pacquiao, 36 tahun, akan menerima lebih AS$100 juta (S$133 juta) menurut pembahagian 60-40 antara kedua-dua petinju itu yang telah dipersetujui lebih awal, dengan jumlah pendapatan keseluruhan dijangka mencecah lebih AS$400 juta.


Pacquiao tewas di tangan Mayweather, 38 tahun, menurut kiraan mata, dalam pertentangan yang dianggap sebagai "perlawanan abad ini".


Menurut promoter Pacquiao, Bob Arum, beliau percaya separuh dari apa yang diterima Manny akan didermakan.


"Itulah Manny. Kita tidak suka terlalu bercakap tentang wang sedang badan-badan kebajikan mulai beratur," ujarnya.


Petinju lagenda, Sugar Ray Leonard, sebelum ini mengingatkan Pacquiao agar tidak terlalu murah hati.


"Pacquiao cuba membantu setiap orang, seperti saya juga, beliau berusaha membantu semua orang tetapi anda tidak boleh membantu dunia," kata Leonard.


"Adakala anda perlu berkata 'tidak'. Adalah sukar untuk saya menyatakan 'tidak' pada awalnya, saya menyumbangkan jutaan dolar."


Pacquiao, dikenali sebagai seorang yang dermawan, dijangka tidak akan mengendahkan nasihat tersebut.


Akhbar, The Philippine Inquirer, menyifatkan petinju dan ahli kongres dua penggal itu sebagai "penderma tunggal terbesar" di Filipina. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >