Pacquiao tumbangkan Bradley, separuh hati tentang bersara

LAS VEGAS: Manny Pacquiao mengakui beliau sekarang "50-50' tentang persaraan selepas mengucapkan selamat tinggal kepada sukan tinju pada Sabtu (9 Apr) dengan persembahan vintaj untuk mengalahkan saingan lamanya, Tim Bradley.

Peninju Filipina berumur 37 tahun itu berjanji akan menunjukkan persembahan hebat dan tidak mengecewakan 14,665 peminat di MGM Grand Garden Arena.

Pacquiao, satu-satunya peninju yang pernah menang gelaran dunia dalam lapan bahagian berat badan berbeza, sungguh hebat dan menumbangkan Bradley dua kali dalam pertarungan welterweight itu.

Kad skor hakim menggambarkan kisah dominasi beliau dalam pertarungan bukan gelaran itu, dengan peninju kidal itu menang dengan margin serupa 116-110 pada ketiga-tiga kad.

Pacquiao kemudian muncul tersenyum di hadapan wartawan dan mengakui bahawa beliau memang dibelenggu konflik mengenai keputusannya untuk bersara untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya, sebelum menumpukan perhatian pada kerjaya politik beliau di Filipina.

"Hati saya 50-50," katanya. "Tetapi saya sayang keluarga saya, saya menghormati keluarga saya, anak-anak saya... sekarang, keputusan saya ialah bersara."

Tumbukan Bradley mengena sekali-sekala tetapi Pacquiao yang lebih banyak menyengat, menjatuhkan peninju Amerika itu dalam pusingan ketujuh dan kesembilan.

Bradley, yang menewaskan Pacquiao dalam keputusan kontroversial pada 2012 sebelum tewas pada perlawanan semula, memberi penghormatan kepada lawannya.

"Dia selalu seolah-olah berada di tempat yang betul," kata peninju berusia 32 tahun itu.

"Dia sentiasa selangkah di hadapan saya apabila saya sepatutnya selangkah di depannya.

"Dia menggunakan pengalamannya terhadap saya, keupayaannya dan dia menang perjuangan malam ini...

"Saya berada di sana dengan seorang lelaki istimewa, Manny Pacquiao." - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.