Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Padang bak sawah padi: Isu Liga Perdana Wanita Singapura

Mar 19, 2024 | 12:32 PM



Liga Perdana Wanita (WPL) Deloitte yang bermula pada 9 Mac menyaksikan keadaan di luar padang bertambah baik, namun timbul pula satu isu berasingan yang membuat pemain, jurulatih dan peminat berasa marah.

Pada hari pertamanya, para pemain telah berhadapan dengan keadaan padang yang tidak rata dengan permukaan berpasir di Stadium Choa Chu Kang.

Keadaan bertambah buruk keesokan harinya apabila hujan turun menyebabkan sebahagian padang menjadi berlumpur dan bergenang air.

Dalam video yang dilihat sendiri The Straits Times, pasukan yang bertanding kelihatan sukar mengawal bola yang bergerak sedang keadaan padang yang teruk memperlahankan permainan dan menyebabkan kesilapan semasa umpanan dibuat.


Kesemua 72 perlawanan WPL akan dimainkan di Stadium Choa Chu Kang pada musim ini, dengan dua perlawanan bersilih ganti setiap Sabtu dan Ahad pada kebanyakan hujung minggu.

Liga wanita telah dimainkan di Stadium Yishun pada 2022, dengan tiga stadium lain, termasuk Choa Chu Kang, ditambah pada tahun berikutnya.

Pada 2022, ST melaporkan masalah yang dihadapi para pemain WPL, termasuk padang yang teruk, tiada tempat duduk pemain dan bilik persalinan yang tidak mencukupi.

Sedang pembaikan dibuat – kesemua perlawanan kini dimainkan di sebuah tempat, terdapat juga blik persalinan serta tempat duduk pemain berbumbung yang mencukupi.

Namun padang kekal isu yang serius.

Para pemain dan jurulatih berterimakasih bagi pembaikan di luar padang, namun menekankan akan perlunya permukaan padang yang lebih baik.

Penyerang Albirex Niigata, Lila Tan, 20 tahun berkata:

“Ternyata jelas bahawa padang ini tidak berada dalam keadaan yang terbaik dan tidak sesuai untuk kami.

“Padang hari ini (Mac 10) terlalu berlumpur.”

Dengan kawasan penalti merupakan bahagian yang paling teruk terjejas di padang tersebut, para penjaga gawang juga terjejas.

Penjaga gawang Albirex, Lutfiah Hannah, 23 tahun berkata:

“Padangnya tidak rata dan apabila bola terkena bahagian berlekuk, ia akan bergerak ke arah berlainan maka sukar untuk berada dalam kedudukan yang betul pada setiap masa.”

Jurulatih Geylang International, Ratna Suffian, 45 tahun berkata beliau bukan mencari alasan, namun menganggap keadaan padang tersebut juga bertanggungjawab di sebalik gol yang lolos masuk ke gawang mereka ketika kekalahan 3-0 kepada Albirex.

Beliau menerangkan:

“Tidak kira jika anda pasukan amatur atau profesional, padang yang teruk akan menjejas rancangan anda.

“Sesetengah kawasan langsung tidak boleh dimain, anda tersilap tendang, ia boleh masuk ke gawang gol.

“Ini akan jejas rancangan anda.”

Presiden pasukan Aerion, Simon Tan, di mana pasukannya tewas 1-0 kepada Tanjong Pagar United, pada 10 Mac menambah:

“Secara peribadi saya rasakan apabila padang yang bergenang air seperti itu, permainan tidak patut diteruskan kerana ia akan menjejas kualiti permainan. Ia membuat pemain cepat penat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >