JURULATIH skuad sepak takraw nasional, Padzli Othman, mendedahkan bahawa beliau sudah pun mengenal pasti tiga gandingan pemain yang bakal mewakili negara dalam Sukan SEA Jun depan.
Padzli merancang mencuba satu gandingan baru terdiri daripada lima pemain berbeza daripada gandingan yang mewakili negara dalam Sukan Asia Incheon pada September dan Oktober lalu dan dalam pertandingan Super Series Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) bulan lalu.