SEHINGGA 14 orang - yang terdiri daripada bekas pemain nasional, jurulatih dan pegawai berpengalaman - ditugaskan memikul tanggungjawab bagi mengenal pasti bakat muda masa depan negara.
Itulah langkah yang diambil Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) apabila ia menganjurkan satu pertandingan antara regu khusus bagi pemain berusia bawah 25 tahun - yang turut berperanan sebagai sesi pemilihan pemain untuk diserapkan latihan skuad nasional - di Pusat Kecemerlangan Perses, Bedok North, pada Ahad ini.