Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Paralimpik Rio: Perenang Yip Pin Xiu memang emas kedua

Sep 16, 2016 | 09:37 AM



RIO DE JANEIRO: Perenang Paralimpik nasional, Yip Pin Xiu, mengukir namanya dalam buku rekod pada pagi Jumaat (waktu Singapura) apabila beliau menjadi warga Singapura pertama memenangi pingat emas berganda dalam Sukan Paralimpik.



Atlet berusia 24 tahun itu, yang mengalami distrofi otot, penyakit yang melemah otot, meraih emas dalam acara kuak lentang 50m S2 wanita di Stadium Akuatik Olimpik di Rio.



Yip mencatat masa satu minit 00.33 saat, mendahului Feng Yazhu dari China (1:02.66) dan perenang Ukraine, Iryna Sotska (1:17,22).



Beliau memenangi acara kuak lentang 100m S2 minggu lalu, dengan mencatat rekod dunia baru. Masa 59.38 saat beliau pada pusingan pertama juga adalah rekod dunia dalam acara kuak lentang 50m S2.



Yip juara Paralimpik pertama Singapura apabila beliau memenangi acara kuat lentang 50m S3 di Beijing semasa temasya 2008. Beliau juga memenangi pingat perak dalam gaya bebas 50m S3 di China.



Kejayaan Yip mendapat tiga emas dan empat pingat pada keseluruhannya menjadikan beliau antara perenang Paralimpik paling berjaya di Asia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >