Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasca Sukan SEA: FAS akur Young Lions mengecewakan, kecewa dengan perbalahan antara 'staf utama' di media

Jul 29, 2015 | 10:37 PM



MENGECEWAKAN.


Dalam kenyataan rasmi pertama sejak pasukan bola sepak nasional bawah 23 tahun terkandas di peringkat kumpulan di Sukan Asia Tenggara (SEA), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akur pencapaian pasukan bergelar Young Lions itu di bawah jangkaan dan mengecewakan awam.


Namun, menurut FAS, sokongan yang diberikan kepada pasukan bola sepak memadai sepanjang dua setengah tahun lalu.


"Sementara sumber tambahan memang sentiasa diinginkan, FAS percaya apa yang ditawarkan adalah memadai. Tahap sokongan bukan isu utama. Sebaliknya, ia adalah tentang mengaplikasinya," kata FAS dalam kenyataannya.


Kenyataan FAS itu diterbitkan sehari selepas Jawatankuasa Eksekutif FAS berhimpun bagi mengupas persembahan pasukan bola sepak nasional bawah 23 tahun di Sukan SEA ke-28.


Ia turut melahirkan rasa 'amat kecewa' kerana perbuatan 'staf utama' berbalah dan mengadu nasib di dada akhbar.


Skuad Sukan SEA yang dipimpin jurulatih Aide Iskandar gagal mara ke separuh akhir seperti yang dijangkakan dan tersingkir dari pertandingan selepas tewas 1-0 kepada Indonesia dalam perlawanan kumpulan terakhir. Aide meletak jawatan sejurus selepas perlawanan itu.


Awal bulan ini, Aide, bekas kapten nasional, mencurahkan perasaannya dalam laporan The Straits Times; dengan Stange, ketua jurulatih nasional berkongsi pendapatnya dengan The New Paper dalam artikel susulan.


FAS tidak menamakan Stange dan Aide dalam kenyataannya, tetapi ia berkata:


"FAS memahami bahawa kadar emosi adalah tinggi, tetapi ia amat kecewa kerana staf utama telah berbalah di dada akhbar.


"Perbuatan ini bukan sahaja bercanggah dengan semangat kerjasama dan hormat-menghormati yang dipelopori FAS dalam pertubuhan, malah melanggar dengan ketara Kod Tingkah Laku FAS dan Terma Kontrak Pekerjaan".


FAS juga berkata ia bercadang mengadakan reviu keputusan pengurusan pasukan sebelum dan sesudah pertandingan, persedian pasukan; dan penglibatan pihak serta isu perhubungan antara semua pihak dalam pertubuhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >