Pasukan basikal OCBC Singapura catat keputusan baik

PASUKAN basikal OCBC Singapura menamatkan peringkat keenam perlumbaan Le Tour de Langkawi di Pontian, Malaysia dengan mencatatkan keputusan memberangsangkan.

Ini selepas dua pelumbanya, warga Singapura Ho Jun Rong, menamatkan perlumbaan di antara 20 pelumba terbaik sementara kapten pasukan, Thomas Rabou dari Belanda, mempertahankan jersi biru 'ketua pecut'.

Ho, 23 tahun, mengulangi pencapaiannya di peringkat pertama Khamis lalu bila beliau sekali lagi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20, dalam perlumbaan basikal jalan raya yang dianggap antara paling berprestij di Asia ini.

Rabou pula menewaskan beberapa pelumba pecut dunia untuk meraih tempat kedua dan ketiga dalam dua perlumbaan pecut, sekaligus mempertahankan jersi biru yang dimenanginya semalam.

Keputusan itu bermakna pasukan Pro Cycling OCBC Singapura kekal di kedudukan ke-11 antara 21 pasukan di akhir peringkat keenam dalam perlumbaan 10 peringkat itu.

Le Tour de Langkawi diteruskan esok dengan perlumbaan paling mencabar sejauh 230.1 kilometer dari Kota Tinggi di Johor hingga ke bandar Pekan, Kuantan.

 

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.