Pasukan bowling negara menang emas untuk mendiang Encik Lee

PASUKAN bowling belia Singapura telah merangkul emas dalam acara empat pasukan di Kejohanan Bowling Tenpin Belia Asia ke-18 di Macau hari ini, Ahad.

Pasukan terdiri daripada Javier Tan, Brandan Tan, Joel Tan and Muhammad Jaris Goh mencatatkan sejumlah 5,163 pinfalls.

Korea Selatan memenangi perak dan Malaysia gangsa.

Ini merupakan kemenangan pingat keempat bagi pasukan Singapura itu.

Sebelum ini ia memenangi dua gangsa dan satu perak dalam kejohanan tersebut.

Sebelum memulakan permainan, pasukan Singapura telah bertafakur selama seminit sebagai menghormati pemergian mantan Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Mereka juga telah berazam untuk memenangi emas dalam kejohanan tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.