SEMENTARA pasukan silat melakukan persiapan bagi musim mendatang ini, ia dibayangi dua cabaran berkekalan - mengimbangi latihan dengan komitmen luar pesilat dan hal kewangan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, mereka hanya boleh mengatur jadual latihan dan penyertaan pasukannya dalam pertandingan rasmi selepas mendapat tahu bajet yang diperuntukkan bagi pasukan silat iaitu sekitar April nanti.