Pedro jaring gol kemenangan Barcelona

TBILISI: Barcelona menambah Piala Super Uefa pada tiga trofi yang dimenanginya musim lalu sekalipun terpaksa melihat kelebihan 4-1 mereka disamakan oleh Sevilla sebelum menang 5-4 melalui gol Pedro Rodriguez dalam waktu tambahan.

Dua tendangan bebas yang hebat daripada Lionel Messi dan jaringan oleh Rafinha dan Luis Suarez, kelihatan sudah mencukupi bagi Barca memenangi trofi keempat mereka musim ini selepas Ever Banega telah meletakkan Sevilla di hadapan.

Bagaimanapun, Jose Antonio Reyes merapatkan jurang sebelum penalti Kevin Gameiro dan gol jaringan Yevhen Konoplyanka memaksa perlawanan ke masa tambahan.

Tetapi kemenangan Barca tidak dapat dinafikan. Dan dalam apa yang dilihat sebagai aksinya yang terakhir untuk Barca, Pedro merembat bola yang melantun daripada Beto yang menafikan Messi daripada menjaringkan hat-triknya.

Sebelum itu, Pedro telah tidak disertakan dalam kesebelasan pertama meskipun Neymar tidak ada, sedang beliau bersiap untuk menyertai kelab England, Manchester United.

Setiausaha teknikal Barca, Robert Fernandez, mengaku bahawa pemain tersebut telah meminta untuk meninggalkan kelab itu.

"Beliau memang wajar menjaringkannya," kata Messi mengenai gol kemenangan jaringan Pedro.

"Para pemain dan kelab tidak tahu apa yang akan dilakukannya. Ini keputusannya, tetapi apa sahaja yang dilakukannya, kami mengucapkan semoga berjaya."

Sevilla memulakan permainan dengan lebih rancak dan Javier Mascherano bernasib baik tidak dikenakan hukuman lanjut selepas menjatuhkan Reyes di luar kotak penalti.

Namun daripada tendangan bebas yang diberikan, rembatan serong Banega melewati penjaga gawang Barca, Marc-Andre Ter Stegen, yang gagal melakukan apa-apa.

Bagaimanapun, kelebihan satu gol itu hanya bertahan selama empat minit apabila Suarez dihadang oleh Grzegorz Krychowiak dan Messi menyempurnakan tendangan bebas yang menyusul. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.