Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pegawai atletik Kenya digantung dek disyaki ambil wang, lemahkan kawalan antidadah

Dec 02, 2015 | 12:41 PM



PARIS: Tiga pegawai atlet Kenya digantung pada Isnin (30 Nov) kerana disyaki mengambil wang tajaan Nike dan melemahkan kawalan antidadah.


Dalam tamparan terbaru kepada sukan balapan dan padang dunia, suruhanjaya etika Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF) mengumumkan penggantungan sementara - selama 180 hari - presiden persekutuan atletik Kenya dan dua pegawai tertinggi lain demi "kepentingan kewibawaan sukan itu".


Presiden Atletik Kenya, Yesaya Kiplagat, digantung bersama naib presiden David Okeyo, seseorang anggota Majlis IAAF, dan Yusuf Kinyua, bekas bendahari persekutuan itu dan ketua pasukan Kenya pada Kejohanan Dunia di Beijing.


Mereka digantung "sementara menunggu siasatan aduan yang dibuat terhadap mereka dan bukti dan maklumat yang telah diterima oleh Suruhanjaya Etika IAAF".


Dua perkara mewajarkan kes terhadap mereka disiasat, ujar suruhanjaya itu.


Pertama "berhubung kemungkin berlaku tindakan melemahkan proses kawalan antidadah di Kenya".


Kedua, mereka "dituduh mungkin telah memindahkan dengan cara tidak betul dana yang diterima daripada Nike daripada Atletik Kenya".


"Satu kes prima facie telah juga didapati wujud berkenaan Encik Kiplagat berhubung penerimaan, secara peribadi atau melalui Athletik Kenya, sebuah hadiah dua kenderaan motor daripada Persatuan Persatuan Atletik Qatar dalam tempoh 2014-2015," katanya.


Doha, ibu negara Qatar, dinamakan pada November 2014 sebagai hos mengejutkan Kejohanan Atletik Dunia 2019.


Media awal bulan lalu melaporkan Okeyo, bersama dua lagi pegawai yang ketika itu tidak dinamakan, menyalur keluar daripada akaun bank persekutuan atletik Kenya dana sebanyak AS$700,000 ($988,000) hasil satu perjanjian penajaan antara persatuan kebangsaan itu dan Nike.


Lebih 30 atlet Kenya digantung baru-baru ini selepas didapati positif dadah yang diharamkan. Paling terkenal dalam kalangan mereka ialah bintang marathon Rita Jeptoo.


Terdapat dua ujian positif pada Kejohanan Dunia Beijing tahun ini, di mana pasukan Kenya mengungguli pungutan pingat buat kali pertama, dengan memenangi tujuh emas, enam perak dan tiga gangsa. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >