Pelajar menengah Pasir Ris catat masa rekod larian rentas desa

SEORANG pelajar Sekolah Menengah Pasir Ris berjaya memenangi perlumbaan larian rentas desa peringkat sekolah nasional dengan masa rekod yang malah lebih pantas daripada pemenang kategori usia lebih tua daripadanya.

Syed Hussein Aljunied menamatkan larian sejauh 4.6 kilometer (km) itu dengan masa 16:1.66 minit - masa terpantas bagi kededua Divisyen A dan B, lapor laman sukan Red Sports.

Berlari dalam kategori Divisyen B, Hussein mencatatkan masa 14 saat lebih pantas daripada pemenang Divisyen A, Isaac Tan, dari Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), yang mencatatkan masa 16:15.07 minit.

Kejohanan Rentas Desa Sekolah Nasional itu diadakan di Bedok Reservoir Park.

Kededua Divisyen A dan B memerlukan pelumba berlari sejauh 4.6 kilometer manakala pelumba Divisyen C, yang lebih muda, berlari sejauh 3.65 km.

Awal musim ini Hussein juga muncul juara bagi kategorinya dalam kededua Kejohanan Rentas Olahraga Singapura dan Kejohanan Rentas Desa Wings, lapor Red Sports.

Hussein, pelajar menengah empat, mendahului dari mula hingga akhir dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa 10 saat lebih pantas daripada pesaing terdekatnya Ruben A/L Loganathan (16:11.26) dari Sekolah Menengah Guangyang.

Mengulas tentang kejayaannya, Hussein berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, jurulatih saya dan guru sekolah saya, terutama Encik Ow Kok Meng - beliau yang membenarkan saya menyertai semua perlumbaan ini."

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.