Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERCUBAAN KE SUKAN SEA

Pelari Goh Chui Ling raih keyakinan dalam acara percubaan

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



DALAM perlumbaan acara bukan sebuah acara utama baginya, pelari Goh Chui Ling mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada pingat bagi seorang atlet - keyakinan.



Dengan menduduki tempat keempat perlumbaan terbuka 5,000 meter dengan catatan masa 17 minit 55.47 saat - di belakang atlet lelaki Chai Jia Cheng (16:45.46), Shaun Goh (16:52.97) dan Raymond Sng (17:54.63) - dalam acara Percubaan Prestasi 1 Atletik Singapura (SA), Goh membuktikan pada dirinya bahawa beliau kini selangkah lebih dekat untuk melayakkan diri bagi Sukan SEA tahun ini.



Ini percubaan sulung bagi Goh dalam acara perlumbaan 5,000m. Beliau sebelum ini sering tampil dalam perlumbaan 800m dan 1,500m.



Masa yang dicatatnya dalam acara Percubaan Prestasi itu hampir memberi beliau peluang layak ke temasya Sukan SEA dwitahunan di Vietnam. Masa itu hampir dengan masa yang dicatat atlet Filipina Joida Gagnao (17:52.16), yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA lalu.



Bagi Goh, 29 tahun, ada banyak perkara positif dari persembahannya Sabtu lalu.



"Saya berasa sangat bersemangat untuk bertanding lagi. Saya rasa saya sekarang berada dalam keadaan baik dan mencatat masa yang hampir dengan masa kelayakan adalah sesuatu yang menggembirakan."



Goh bertanding di empat temasya Sukan SEA sebelum ini dan hampir berjaya meraih pingat pada edisi 2015 di Singapura.



Namun percubaannya bersama rakan sepasukan Shanti Pereira, Dipna Lim-Prasad dan T. Piriyah hanya menduduki tempat keempat dalam acara relay 4x400m wanita, meskipun memecahkan rekod kebangsaan. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >