MANCHESTER: Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini yakin pasukannya boleh kekal tanpa tewas bagi baki empat perlawanan musim ini, jika ia menunjukkan semangat yang sama dengan yang ditunjukkan semasa menundukkan Aston Villa 3-2 di tempat sendiri semalam.
Walau beraksi dengan kurang baik, City mengutip kesemua tiga mata selepas Fernandinho menyumbat gol ketiga dan kemenangan pada minit ke-89.