ROMA: Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini, memuji semangat juang yang ditunjukkan pemainnya selepas pasukan itu mencatat sejarah dengan menundukkan Roma 2-0, sekali gus menempah tempat dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah.
Ini adalah kali pertama juara Liga Perdana England itu menang di Italy dan kali kedua berturut-turut ia mara ke pusingan kedua.