PELUANG Arsenal bertakhta di persada liga kini punah.
Satu-satunya hadiah sagu hati yang boleh diharapkan pengurusnya Arsene Wenger adalah kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tetapi harapan itu turut terancam selepas kekalahan 0-3 kepada Everton di Goodison Park hujung minggu lalu.