DI sebalik penguasaan mereka sebagai pemenang rekod 12 kali Kejohanan Dunia Ragbi Tujuh Sepasuk (7s) HSBC, New Zealand gagal menyerlah sejak kededua siri 7s kembali ke Singapura pada 2016 dan 2017 yang masing-masing dimenangi Kenya dan Canada.
Namun, kejayaan menggondol pingat emas ragbi 7s di temasya Sukan Komanwel Gold Coast baru-baru ini, menurut tunggak bek serba boleh All Blacks, Sione Molia, telah menyuntik semangat positif di kalangan rakan-rakannya untuk meneruskan momentum cemerlang itu dalam usaha memenangi siri yang akan diadakan di Stadium Negara hujung minggu ini.