Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FLOORBALL

Pemain floorball nasional dapat peluang aksi di Sweden

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN floorball nasional, Tiffany Ong, telah sekian lama mendamba peluang beraksi di luar negara dan apabila peluang tersebut timbul baru-baru ini, beliau tidak berfikir dua kali untuk menerimanya.



Kelab floorball dari Sweden, Storvreta Innebandyklubb (IBK), telah menawarkannya tempat dalam pasukan selama tujuh bulan selepas beliau berlatih bersama pasukan tersebut pada bulan lalu.



Sebelum ini, Ong mewakili negara dalam hoki dan beliau pernah terkilan apabila dua peluang baginya beraksi di luar negara tidak menjadi.



Bercakap kepada The Straits Times, Ong berkata beliau telah diundang untuk beraksi secara semi-profesional dengan sebuah kelab di Malaysia sekitar enam tahun lalu, tetapi beliau tidak dapat menerima tawaran itu kerana mempunyai komitmen sekolah.



Pada masa itu, beliau sedang menuntut di Politeknik Republic.



Dua tahun menyusuli tawaran itu, beliau diundang pula untuk menyertai sebuah pasukan Australia, tetapi beliau mengalami kecederaan.



Mengulas mengenai peluang beraksi dengan Storvreta IBK, beliau berkata:



"Saya tahu sejak saya beraksi dalam sukan lain saya ingin ke luar negara supaya dapat beraksi di tahap lebih tinggi.



"Justeru, apabila peluang ini muncul, saya tahu saya perlu merebutnya kerana tidak pasti peluang serupa akan datang lagi.



"Bagi saya, saya masih boleh bekerja, memulakan keluarga dalam masa beberapa tahun, tetapi saya mungkin tidak boleh menceburi sukan pada tahun sebegini lagi... dan perlu melakukannya pada masa ini."



Ong, yang baru mendirikan rumah tangga, berkata beliau mendapat sokongan suami dan keluarganya untuk beraksi di Sweden.



Beliau akan berehat daripada bertugas dalam perniagaan keluarga sepanjang tempoh di Sweden.



Sebenarnya, menurut Ong, seorang pemain pertahanan, undangan yang diterima dari kelab Sweden itu tidak diduga.



Malah sesi latihan yang diceburinya di sana juga muncul pada saat-saat terakhir.



Peluang untuk Ong berlatih bersama kelab itu timbul selepas beberapa jurulatih dari Akademi Floorball Belia di Singapura menyertai latihan di Storvreta IBK menerusi satu perjanjian kerjasama.



Kelab tersebut beraksi dalam Allsvenskan, liga divisyen kedua di Sweden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >