AUGUSTA (Amerika Syarikat): Pemain muda Amerika Syarikat, Jordan Spieth, 21 tahun, menjuarai Kejohanan Masters kelmarin.
Beliau menunjukkan kematangan dan ketenangannya pada pusingan akhir dengan mengatasi Phil Mickelson dan Justin Rose untuk menjulang mahkota utamanya yang terbesar dengan kelebihan empat pukulan.