TARIKAN beraksi dengan nama-nama terkemuka bola sepak ternyata sukar ditolak apabila pemain penyerang skuad Singa dalam Piala AFF Suzuki yang lalu, Fazrul Nawaz, menyahut cabaran untuk menyertai Sabah untuk musim depan.
Pemain berusia 29 tahun itu kelmarin menandatangani kontrak setahun dengan pasukan yang akan beraksi dalam Liga Perdana Malaysia (MPL) - setahap di bawah Liga Perdana England (MSL).