Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain ping pong kebangsaan digantung kerana biarkan temanita tidur di asrama STTA

Oct 21, 2016 | 02:00 PM



PEMAIN ping pong kebangsaan Li Hu berkata pada Khamis (20 Oklt) beliau digantung oleh Persatuan Pingpong Singapura (STTA) kerana melanggar peraturan dalaman.



Li memberitahu akhbar The Straits Times beliau membiarkan temanitanya bermalam di asrama STTA, di ibu pejabat STTA di Toa Payoh, tempat beliau tinggal.



Seorang pegawai kanan STTA bersemuka dengan Li, 28 tahun, mengenai salah laku itu Jumaat lalu. Menurut Li, pegawai itu mencadangkan beliau berundur daripada pasukan kebangsaan sebagai hukuman kerana melanggar peraturan, atau beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib selanjutnya.



STTA kemudian melakar surat peletakan jawatan dalam dalam bahasa Cina untuk Li tandatangani, memperincikan bahawa alasan pengundurannya ialah untuk bertanggungjawab bagi salah laku itu.



Li, pemain lelaki nombor dua Singapura di belakang Gao Ning, secara berasingan sedang membantu satu siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).



Siasatan CPIB itu dijalankan pada Rabu, lima hari selepas beliau menandatangani surat tersebut.



Li, yang datang ke Singapura dari Hubei, China pada 2010 dan menjadi warganegara pada 2011, baru-baru ini membeli sebuah flat HDB.



Presiden STTA, Ellen Lee, berkata pada Rabu persatuan itu akan membentuk sebuah jawatankuasa disiplin mengkaji semula kes tersebut.



Difahamkan Sukan Singapura (SportSG), badan induk persatuan sukan negara, tidak akan terlibat dalam prosiding tatatertib.



Li enggan mengulas lanjut mengenai siasatan CPIB itu. Tetapi difahami ibunya juga membantu dalam siasatan tersebut.



Beliau datang ke Singapura dari Hubei pada Isnin selepas mengetahui mengenai penggantungan anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >