Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain ping pong negara Li Hu dipecat

Oct 25, 2016 | 09:29 AM



PEMAIN ping pong kebangsaan, Li Hu, telah dipecat oleh Persatuan Ping Pong Singapura (STTA) berikutan satu mesyuarat jawatankuasa disiplin (DC) pada Isnin (24 Okt) malam.



STTA berkata keputusan itu juga berdasarkan rekod isu disiplin lain Li sepanjang tempoh pekerjaannya.



Ia mendedahkan bahawa Li ditangkap membawa seorang wanita - difahamkan temanitanya - ke asrama STTA tempat beliau tinggal - sebelumnya, dan pada 18 Jan diberi surat amaran terakhir kerana perbuatan tidak berhemat lain.



Li telah diberitahu secara bertulis bahawa sembarang salah laku lagi akan mewajarkan pemecatannya.



DC terdiri daripada naib presiden STTA, Lim Soon Hock, dan ahli jawatankuasa pengurusan Han Ngge Juan dan Lee Yan Peng.



Li sedang menjalani penggantungan oleh STTA kerana melanggar peraturan dalaman awal bulan ini. Beliau membiarkan seorang wanita bermalam di asrama STTA di ibu pejabatnya di Toa Payoh itu.



Perbuatannya dirakam oleh kamera TV litar tertutup.



Li datang ke Singapura dari Hubei, China, pada 2010 dan menjadi warganegara pada 2011.



Beliau secara berasingan sedang membantu sebuah siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB). Li dipanggil untuk disoal siasat Rabu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >