Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain pingpong kebangsaan digantung, turut bantu siasatan CPIB

Oct 20, 2016 | 08:30 AM



MASA depan pemain pingpong lelaki nombor dua Singapura, Li Hu, tidak menentu sekarang, setelah beliau digantung oleh Persatuan Pingpong Singapura (STTA).



Akhbar The Straits Times melaporkan ia difahamkan bahawa pemain berusia 28 tahun itu juga sedang membantu satu siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), walaupun dipercayai siasatan tersebut bukan punca beliau digantung.



Pemain nombor 58 dunia itu telah dihukum oleh STTA dan kesnya dijangka dikaji semula oleh sebuah jawatankuasa tatatertib.



Presiden STTA, Ellen Lee, memberitahu akhbar itu pada Rabu (19 Okt): "(Kontrak) Li Hu belum ditamatkan tetapi dia telah digantung. Kami akan membentuk sebuah jawatankuasa tatatertib; ia harus diadakan tidak lama lagi."



Beliau mengesahkan siasatan CPIB masih berjalan namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.



Ketika dihubungi, Li, yang tinggal di asrama STTA di ibu pejabatnya di Toa Payoh tetapi diminta mengemas barangnya hujung minggu lalu, menunjukkan penyesalan.



Beliau mengakui gagal mematuhi peraturan pasukan dan salah lakunya membawa kepada penggantungannya.



Sebagai tanda penyesalan, Li menulis surat kepada pihak pengurusan STTA Jumaat lepas dengan harapan persatuan itu akan memberinya peluang kedua.



Li menegaskan, bagaimanapun, bahawa beliau tidak melanggar undang-undang.



Sekiranya perkhidmatan Li ditamatkan, ia akan menjadi satu lagi tamparan kepada pasukan kebangsaan lelaki.



Buat kali pertama sejak acara berpasukan diperkenal dalam program Olimpik pada 2008, pemain Singapura gagal melayakkan diri sebagai sebuah pasukan bagi Sukan Olimpik Rio Ogos lalu.



Li, yang berasal dari Hubei di China, juara perseorangan junior dunia 2003. Beliau datang ke Singapura pada 2010 dan menjadi warganegara pada 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >