SAO PAULO: Prasarana bagi temasya Piala Dunia Brazil yang bakal berlangsung Jun ini mungkin tidak dapat "disiapkan sepenuhnya" ekoran kelengahan pembinaannya, ujar setiausaha agung Fifa, Jerome Valcke, kelmarin.
Pembinaan dua stadium - di Porto Alegre dan di Sao Paulo yang dijadualkan menjadi hos bagi perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu pada 12 Jun antara Brazil dengan Croatia - masih belum siap lagi.