Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pemeriksaan status vaksinasi rambang bagi penyokong masuki Old Trafford

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United akan melaksanakan pemeriksaan rambang ke atas penyokong yang memasuki Old Trafford bagi memastikan status vaksinasi Covid-19 mereka, bermula dengan perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Newcastle pada hujung minggu ini.



Menunjukkan bukti vaksinasi penuh belum lagi dijadikan mandatori di sana, tetapi kelab itu berkata ia menjangka melaksanakan peraturan tersebut sepenuhnya apabila vaksinasi penuh menjadi mandatori dalam EPL pada bulan depan.



Penyokong berusia 18 tahun dan ke atas dinasihati supaya membuktikan mereka telah menerima dua dos vaksin atau telah menjalani ujian Covid-19 dengan hasil negatif 48 jam sebelum perlawanan yang ingin ditontoni.



Julai lalu, Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan rancangan untuk menjadikan vaksinasi mandatori di tempat-tempat di mana orang ramai berhimpun, seperti di tempat sukan yang boleh diisi sekurang-kurangnya 20,000 orang.



United adalah pasukan terkini melaksanakan pemeriksaan rambang dalam protokol langkah pengurusan selamat Covid-19 bagi musim ini, yang menyatakan penyokong harus menunjukkan mereka telah divaksin sepenuhnya atau telah menjalani ujian Covid-19 negatif dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan yang yang ingin ditontoni bermula.



Dalam kenyataannya, United berkata pemerintah telah berkata pemeriksaan ke atas status vaksinasi mereka yang menghadiri acara skala besar akan dijadikan mandatori dari 1 Oktober 2021.



"Selaras dengan panduan dari EPL ini, peruntukan tersebut akan dikenakan di semua perlawanan melibatkan Manchester United yang diadakan di Old Trafford.



Awal daripada itu, Brighton, Chelsea dan Tottenham Hotspur telah melaksanakan pemeriksaan mandatori bagi penyokong yang memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan mereka.



Ini selepas EPL melaksanakan pemeriksaan rambang bagi beberapa perlawanan di awal musim.



Ketika itu, EPL berkata ia akan bekerjasama dengan kelab-kelab untuk memperkenalkan pemeriksaan status vaksinasi Covid-19 dengan cara yang teratur supaya ia tidak terlalu menjejas pengalaman penyokong, tetapi pada masa yang sama, memaksimumkan keselamatan.



EPL berkata penyokong harus patuh kepada kod tatalaku penyokong yang baru, termasuk memakai pelitup semasa berada di dalam bangunan, mengelak berhubungan rapat dengan orang yang tidak dikenali dan mengikuti tanda jalan sehala yang dipasangkan di stadium.



Chelsea menjadi kelab pertama untuk mengumumkan ia akan patuh kepada syarat baru itu dan melaksanakan pemeriksaan ke atas penyokong yang ingin memasuki Stamford Bridge.



Ini dilakukan dengan memeriksa bukti vaksinasi seseorang melalui aplikasi telefon bijak atau dokumen hasil ujian yang menunjukkan seseorang telah diuji negatif bagi Covid-19.



Bulan lalu, sembilan pemain dan staf kelab-kelab EPL telah diuji positif bagi Covid-19 dalam ujian pramusim yang dijalankan.



EPL berkata ia telah menjalankan lebih 3,000 ujian antara 2 Ogos dengan 8 Ogos.



Buat masa ini, EPL memperuntuk ujian pantas atau 'lateral flow test' untuk menguji orang yang tidak menunjukkan simptom Covid-19.



Ujian itu serupa dengan ujian bagi menentukan sama ada seorang wanita mengandung dan hasilnya boleh diperolehi dengan pantas.



Jika hasil ujian itu positif, orang tersebut akan diminta menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >