KEDUDUKAN Bill Ng sebagai calon presiden pasukan Team Game Changers (GC) bagi pemilihan majlis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) masih menjadi tanda tanya meskipun tarikh pemilihan tersebut hanya tinggal seminggu lagi.
Berita Harian diberitahu oleh pengerusi Jawatankuasa Undi FAS (EC) Encik K Bala Chandran bahawa sehingga kini Ng masih layak bertanding.