Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peminat rebut peluang dapatkan tandatangan juara Olimpik Joseph Schooling pada buku

Nov 21, 2016 | 02:38 PM



RAMAI orang telah beratur 20 minit sebelum juara Olimpik Joseph Schooling memulakan acara menandatangani dua buku yang diterbitkan oleh Straits Times Press di News Centre Singapore Press Holdings (SPH), pada Isnin (Nov 21).



Acara itu bertujuan membantu mengumpul dana bagi Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF).



Perenang Singapura itu, 21 tahun, menandatangani nashkah dua buku tersebut bagi 50 pembeli pertama yang beratur.



Beliau tiba pada kira-kira 1.15 petang dan berucap kepada mereka yang telah berkumpul.



Schooling juga menandatangani 23 naskhah edisi terhad buku mengenainya, Joseph Schooling, yang ditulis oleh wartawan sukan veteran Rohit Brijnath dan Chan U-Gene.



Penjualan nashkah edisi terhad itu menghasilkan $28,000 bagi STSPMF, yang menyediakan bantuan kewangan kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin.



Joseph Schooling ialah salah satu daripada dua buku yang diterbitkan oleh Straits Times Press mengenai perenang itu.



Buku kedua, From Kid to King (Daripada Kanak-Kanak kepada Raja), adalah buku kanak-kanak yang ditulis oleh editor berita The Straits Times, Marc Lim, dengan ilustrasi oleh artis bebas Darel Seow.



Kedua-dua buku adalah biografi yang dibenarkan.



Sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan dua buku itu pada 21 Nov juga akan diderma kepada STSPMF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >