Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Pemindahan Higuain ke Juventus cecah rekod ketiga termahal dunia

Jul 28, 2016 | 05:30 AM



MILAN: Bintang Argentina, Gonzalo Higuain, melengkapkan pemindahan sensasi ke Juventus selepas juara Serie A Italy itu bersetuju membayar 90 juta euro ($134.3 juta) untuk 'memancingnya' daripada Napoli.



Jumlah permindahan itu adalah ketiga tertinggi bola sepak dunia sebelum ini - hanya di belakang bayaran yang dikeluarkan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, untuk mendapatkan Gareth Bale daripada Tottenham Hotspur dan Cristiano Ronaldo daripada Manchester United.



Nilai pemindahan itu juga adalah yang terbesar dalam sejarah bola sepak Italy.



Berusia 29 tahun, Higuain, yang menjaringkan 36 gol bagi Napoli musim lalu, dilaporkan mengikat kontrak lima tahun dengan Juventus.



Beliau juga kini menjadi pemain dari Amerika Selatan yang paling mahal - pemnidahannya itu mengatasi rekod 86.2 juta euro yang dibayar Barcelona kepada Santos untuk mendapatkan khidmat bintang Brazil, Neymar, pada 2013.



Higuain bagaimanapun mungkin perlu 'bersedia' menghadapi ejekan serta cemuhan hebat daripada penyokong kelab lamanya apabila Juventus bertandang ke padang Napoli musim baru yang bermula bulan depan selepas muncul antara pemain yang disayangi dan disanjung di Napoli sehingga ada yang meletakkannya sebaris legenda kelab itu, bekas bintang Argentina, Diego Maradona.



Dalam kenyataannya, kelab gergasi di Turin itu berkata:



"Kelab Bola Sepak Juventus mengesahkan pembelian Gonzalo Gerardo Higuain dengan harga 90 juta euro yang perlu dilunaskan melalui dua ansuran yang setara pada musim 2016/2017 dan 2017/2018. Higuain akan menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab ini."



Alwa sebelum itu, Napoli telah meletakkan klausa harga sebanyak 94.7 juta euro bagi mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan bintang pasukannya itu selepas Higuain menjaringkan 36 gol musim lalu untuk mengatasi rekod 35 gol semusim yang dicatatkan oleh Gunnar Nordahl bagi AC Milan pada 1950.



Selepas berminggu-minggu rundingan, Juventus berjaya mengurangkan hampir 5 juta euro daripada harga asal yang dituntut Napoli itu memperkuatan pasukan bergelar Old Lady itu mengarungi saingan Liga Juara-Juara musim baru ini nanti.



"Kami sudah pun mendaftarkan kontrak Higuain (dengan pegawai liga). Kami berjaya menyelesaikan segalanya," ujar pula Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Beppe Marotta. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >