Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Pencapaian atlet pelajar diiktiraf

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



MENGETAHUI bahawa mereka ingin melanjutkan pelajaran dan sukan di peringkat elit, atlet wushu negara Jowen Lim dan pemain skuasy negara Au Yeong Wai Yhann mengambil laluan kurang konvensional dengan mendaftar dalam laluan posmenengah Sekolah Sukan Singapura (SSP).



Au Yeong memilih SSP berbanding ke politeknik, sementara Lim berpindah ke sekolah itu pada tahun akhir pengajian diplomanya di Politeknik Republic, menurut laporan The Straits Times.



Pemindahan tersebut berbaloi buat pemenang pelbagai pingat Sukan Sea itu yang dinobat sebagai penerima dua anugerah kecemerlangan baru di Malam Anugerah SSP kelmarin.



Dalam majlis yang diadakan di auditorium sekolah itu, Lim menerima Anugerah Cemerlang Tan Howe Liang dan Au Yeong diberikan Anugerah Cemerlang Annabel Pennefather.



Kededua anugerah mengiktiraf ikon sukan setempat Tan Howe Liang dan Annabel Pennefather dan akan disampaikan kepada atlet-pelajar - dua lelaki dan dua wanita - setiap tahun.



Mereka akan dipilih daripada kumpulan lulusan terbaru yang meraih pencapaian sukan cemerlang.



Atlet triatlon Nicholas Rachmadi dan pemain tenis meja Eunice Lim ialah penerima anugerah lain, yang berbentuk trofi dan wang tunai $1,000.



Anugerah itu masing-masing dibiayai Geran Pendidikan Forum Antarabangsa Wanita Singapura dan Yayasan Sukan Olimpik Singapura.



Atlet wushu Lim, 22 tahun, berkata: "Saya rasa sangat gembira menerima anugerah ini. Ia menunjukkan bahawa sekolah mengiktiraf usaha saya dalam sukan wushu. Setelah saya berpindah, saya mempunyai lebih banyak masa untuk fokus pada latihan saya. Ini menjadi lebih mudah untuk saya mengimbangi kerja sekolah dan latihan."



Au Yeong merasa bahawa mempunyai pilihan untuk mengambil Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) selama tiga tahun berbanding dua tahun biasa, membolehkan beliau fokus pada pengajiannya sambil berlatih lapan kali seminggu.



Atlet berusia 22 tahun itu, yang baru-baru ini meraih keputusan 43 daripada maksimum 45 mata dalam peperiksaan IB beliau, berkata:



"Ia sangat sukar untuk mengimbangi pelajaran saya dan sukan, terutamanya dengan Sukan SEA pada 2019 tetapi saya rasa sangat berterima kasih. Ia benar-benar memberi peluang yang baik untuk berkembang dalam sekitaran yang baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >