Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pendanaan Liga S dipotong separuh tahun depan?

Sep 09, 2017 | 04:16 PM



PENDANAAN bagi Liga S mungkin dipotong hampir separuh tahun depan, mengikut satu laporan akhbar The Straits Times (ST).



Menurut laporan ST, Lembaga Tote, yang menguruskan kegiatan menghasilkan geran daripada pendapatan berlebihan yang diraih Singapore Pools dan Singapure Turf Club, hanya bersedia memberikan geran $8.5 juta kepada Liga S tahun depan, berbanding dengan geran tahunan $16 juta.



Adalah difahami, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) diberitahu tentang keputusan ini minggu lalu dan juga telah bertemu pegawai kelab Liga S kelmarin. Ia sedang membuat persediaan untuk membentangkan rancangan selanjutnya  kepada MCCY. Ini termasuk rancangan untuk membenarkan lebih ramai pemain muda terlibat dalam perlawanan setempat dan usulan untuk menyemark liga yang kian hambar.



Mac lalu, agensi sukan nasional Sport Singapore (SportSG), yang juga lembaga berkanun di bawah MCCY, mengumumkan bahawa ia akan mentadbirkan geran dan subsidi Lembaga Tote kepada FAS.

Ini termasuk dana $9 juta bagi keperluan operasi seperti pendanaan pasukan nasional, pasukan bola sepak perempuan dan gaji.



Kelab Liga S setempat (Balestier Khalsa, Geylang International, Home United, Hougang United, Tampines Rovers dan Warriors FC) menerima sekitar  $800,000 dalam bentuk pendanaan daripada Lembaga Tote setiap tahun.



Adalah difahami, kelab-kelab ini  mempunyai bajet tahunuan antara $1.2 dengan $1.5 juta.



Jurucakap SportSG berkata: “Perbincangan sedang berlangsung dengan FAS berkenaan rancangan masa depan bagi Liga S. Adalah terlalu awal untuk bercakap tentang pendanaan sehingga persetujuan tercapai.”



Menambah, jurucakap FAS berkata: “Adalah pramatang di peringkat ini untuk bercakap tentang pendanaan daripada SportSG kerana perbincangan sedang berlangsung. kami sedang mengumpulkan maklum balas daripada pihak berkepentingan berkenaan rancangan bagi Liga S supaya kita boleh memberikan SportSG pandangan yang relevan, sedang mereka memikirkan kesudahan yang dimahukan bagi Liga S.”



Jika benar pendanaan dipotong, Liga S berdepan dengan beberapa pilihan sukar, termasuk ‘menggantung’ liga berusia 21 tahun ini selama setahun atau mengubahnya menjadi liga separuh semi-pro.



Langkah ini boleh menyebabkan pemain kehilangan mata pencarian dan menjadikan liga kurang menarik kepada bakal penaja.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >