BELGRADE: Sekitar 50,000 orang berkumpul di ibu negara Serbia kelmarin untuk menyambut pasukan mereka yang muncul juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun Fifa.
Sambil memekik-mekik "Juara! Juara!", orang ramai yang berkumpul itu memberi sorakan ke atas pasukan yang muncul di balkoni Dewan Bandar Raya Belgrade - tempat penduduk Belgrade secara tradisi menyambut atlit mereka yang berjaya.