LALUAN ke arah pemilihan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sejauh ini penuh dengan pelbagai tanda tanya.
Namun, satu persoalan besar menjelang pemilihan FAS terjawab kelmarin apabila pengerusi Hougang United, Bill Ng, tampil melahirkan kesediaan secara terbuka mengenai hasratnya mahu bertanding bagi jawatan tertinggi badan pentadbir sukan itu.