BUDAYA menghargai dan mengiktiraf sumbangan individu kepada masyarakat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada insan yang telah berkhidmat kepada masyarakat tanpa menjangka ganjaran, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin.
Berucap di majlis Anugerah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Faber Peak semalam, Encik Tan berkata banyak peranan berjaya dalam sukan memerlukan minat mendalam, dedikasi, serta semangat sukarelawan dan keinginan melaksanakan kebaikan bagi masyarakat.