Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Penglibatan masyarakat, projek akar umbi antara usaha lahirkan bakat tekbol

Pertama kali dalam Sukan SEA 2023 sebagai sukan demonstrasi dan akan jadi sukan rasmi dalam edisi Sukan SEA 2025
May 15, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN sambutan terhadap sukan tekbol kian mendapat perhatian di Singapura, lebih banyak pendedahan dan projek akar umbi perlu dilakar untuk menyokong perkembangan pemain sukan ini.



Ini setelah persekutuan sukan itu meletakkan matlamat untuk menyaksikan lebih ramai wakil negara di persada antarabangsa kelak.



Demikian dikongsi Pengurus Besar Persekutuan Tekbol Singapura (STF), Amos Boon, selepas kemenangan pertama negara bagi sukan tekbol dalam Sukan SEA Kemboja.



Sukan tersebut dimainkan di atas meja melengkung dan menggabungkan unsur-unsur bola sepak, bola tampar dan pingpong.



Ia dimainkan secara perseorangan atau berpasangan, di mana pemain akan membalas pukulan bola tanpa menggunakan tangan. Pemain tidak boleh menggunakan bahagian badan yang sama dua kali berturut-turut.



Amos berkata: "Buat masa ini kami tumpu kepada projek akar umbi dan di peringkat masyarakat.



"Kami sedang giat menjalankan usaha keterlibatan masyarakat awam. Jadi harapan kami adalah dengan kemenangan (dalam Sukan SEA) ini, lebih ramai yang ambil tahu tentang sukan ini."



Sukan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan dalam Sukan SEA menyaksikan atlet negara Sharifah Nur Amanina Syed Mohd Shahab memenangi acara perseorangan wanita.



Pelajar menengah tiga berusia 15 tahun itu, menewaskan Yunita Indria dari Indonesia dengan catatan mata 12-11, 12-8 dalam perlawanan pusingan akhir di Dewan Persekutuan Belia Phnom Penh.



Namun demikian, pingat emasnya tidak diambil kira dalam kiraan pingat memandangkan sukan tersebut dianjurkan sebagai sukan demonstrasi - ia dijangka menjadi sebahagian daripada sukan rasmi dalam edisi temasya sukan seterusnya pada 2025.



Menurut beliau, temasya seperti Sukan SEA merupakan pengalaman pembelajaran yang "memberi pendedahan antarabangsa" kepada pemain dan langkah pertama untuk menjangkau lebih ramai bakal pemain tempatan.



"Harapannya adalah satu hari nanti, kami dapat layakkan diri ke kejuaraan dunia.



"Tetapi sebelum itu, kami perlu hebohkan kepada orang ramai (berkenaan sukan ini) dan salah satu cara dalam rancangan kami adalah untuk bekerjasama dengan ActiveSG, menyediakan seberapa banyak meja tekbol di estet-estet kejiranan," tambahnya.



Ini di samping mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan agar lebih ramai orang dapat sertai sukan ini dan "mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi (untuk mewakili negara)".



Pertandingan National Challenger Series yang diadakan buat julung-julung kalinya pada Disember 2021 misalnya, menyaksikan hampir 50 peserta mengambil bahagian - antaranya wakil negara bagi acara duo lelaki, Muhammad Fahrish Khan Fahrosh Khan dan Muhammad Fariz Muhammad Faizal.



Menurut Fahrish yang telah berkecimpung selama hampir tiga tahun dalam sukan ini, cabaran kini adalah untuk membangunkan lebih banyak prasarana dan struktur latihan yang lebih baik, agar hala tuju tekbol dapat dimantapkan lagi.



"Buat masa ini kami tidak ada pusat latihan khusus dan kami berlatih di Pusat Tenis Kallang.



"Tambahan juga, kami belum ada jurulatih tetap, jadi aspek bimbingan itu agak ketinggalan," ujar beliau.




"Harapannya adalah satu hari nanti, kami dapat layakkan diri ke kejuaraan dunia.



Tetapi sebelum itu, kami perlu hebohkan kepada orang ramai (berkenaan sukan ini) dan salah satu cara dalam rancangan kami adalah untuk bekerjasama dengan ActiveSG, menyediakan seberapa banyak meja tekbol di estet-estet kejiranan."



- Amos Boon, Pengurus Besar Persekutuan Tekbol Singapura (STF).



"Buat masa ini kami tidak ada pusat latihan khusus dan kami berlatih di Pusat Tenis Kallang.



Tambahan juga, kami belum ada jurulatih tetap, jadi aspek bimbingan itu agak ketinggalan. "



- Muhammad Fahrish Khan Fahrosh Khan, wakil negara sukan tekbol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >