PENGUASA tenis dunia mengaku mereka tidak mengadakan tindakan susulan bagi menyiasat 28 pemain elit, termasuk pemenang gelaran Grand Slam, walaupun mereka dinamakan dalam laporan sulit berkenaan menetapkan perlawanan.
Laporan itu dipercayai mengandungi siasatan perlawanan antara Nikolay Davydenko dan Martin Vassallo Arguello pada 2007 dalam kejohanan kecil di Sopot, Poland.