Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penjaga gawang wira Sweden

Berjaya selamatkan dua percubaan penalti bantu pasukan jadi juara
Jul 01, 2015 | 04:38 PM



PRAGUE (Republik Czech): Penjaga gawang, Patrik Carlgren, muncul sebagai wira pasukannya apabila menyelamatkan dua percubaan penalti membantu Sweden merangkul kejuaraan pertama Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun dengan menewaskan Portugal di sini kelmarin.


Menyarungi jersi AIK Stockholm, Carlgren, mencetuskan perayaan besar-besaran di kalangan penyokong pasukan yang mengenakan pakaian berwarna kuning apabila beliau menyelamatkan penalti Ricardo Esgaio dan William Carvalho bagi kemenangan 4-3 selepas pertarungan terikat tanpa gol selepas penghujung masa tambahan.


Penjaga gawang Portugal, Jose Sa - yang hanya dibolosi satu gol sepanjang pertandingan - cuma berjaya menyelamatkan satu percubaan penalti.


"Ia seperti tidak masuk akal... melihat kami memenangi Kejohanan Euro... ia detik bersejarah bagi bola sepak Sweden," ujar Carlgren yang tidak dapat membendung kegembiraannya dengan kejayaan itu.


"Ia satu pertarungan yang hebat dari mula hingga akhir. Kami tahu mereka akan menguasai permainan tetapi kami menunjukkan permainan yang menakjubkan," tambahnya.


Mengenai kejayaannya menyelamatkan penalti penentuan percubaan Carvalho, wira Sweden itu berkata:


"Saya dapat rasa bahawa beliau akan membuat percubaan ke arah itu. Saya turut bergerak ke arah itu dan berjaya menyelamatkannya."


Portugal mempamerkan kehebatan jentera serangannya semasa membelasah Jerman 5-0 di peringkat separuh akhir tetapi mendapati benteng Sweden sukar sekali untuk dilenturkan.


Beraksi dalam final pertama di kejohanan Bawah 21 Tahun sejak 1994, Portugal menyajikan permainan yang lebih berani dan merintis beberapa peluang jaringan terutama pada babak awal permainan.


Tetapi percubaan leret kencang Pereira Ricardo nyaris-nyaris tersasar daripada tiang gawang Carlgren seawal minit kedua wisel permainan ditiupkan.


Lima minit kemudian, percubaan sepakan percuma Sergio Oliveira terkena pula palang gawang Sweden.


Peluang terbaik jaringan bagaimanapun jatuh pada kaki penyerang Sweden, John Guidetti - yang menyarungi jersi Celtic di Scotland musim lalu - tetapi rembatan separuh volinya pada minit ke-52 tersasar sedikit sekali pun hanya berhadapan gawang lawan.


Sweden meningkatkan tekanan dalam masa tambahan tetapi gol yang dicari-cari itu tidak kunjung tiba tetapi kecemerlangan Carlgren memastikan negara Nordic itu menjulang mahkota Euro Bawah 21 Tahun pertamanya dengan bergaya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >