Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pennant jaring gol pertama, Tampines dan Home kongsi mata

Mar 03, 2016 | 09:26 PM



JERMAINE Pennant menjaringkan gol pertama Liga-S, tetapi gagal menyemarak Tampines Rovers mengutip semua tiga mata selepas ia diikat 1-1 oleh Home United di Stadium Bishan semalam.

Beliau menjaringkan gol itu - gol penyamaan - pada minit ke-39, menerusi tendangan percuma cantik, enam minit selepas Ken Ilso membuka tirai jaringan bagi Home United di pertengahan separuh masa pertama.

Sekumpulan peminat terpaksa menanti sehingga pertengahan babak pertama untuk memasuki stadium selepas mereka terpaksa beratur membeli tiket di kaunter tunggal, namun mereka tidak terlepas banyak aksi, dengan hanya percubaan Soh RuiYong menguji Izwan Mahbud pada minit ke-25.

Bagaiamanapun, perlawanan yang hambar dihidupkan gol pertama yang dihasilkan oleh kecemerlangan individu pada minit ke-34 itu.

Penyerang dari Denmark Ken Ilso meloloskan diri daripada kawalan Ismadi Mukhtar di sayap kiri sebelum memperdaya Izwan Mahbud yang sepatutnya bertindak lebih baik bagi menyelamatkannya.

Bagaimanapun, Tampines menyamakan kedudukan enam minit sebelum waktu rehat. Ismadi dikasari di luar petak penalti dan Pennant mengambil tendangan percuma dan menemui sasaran dengan rembatan kencang ke penjuru kiri gawang Hyrulnizam Jumaat.

Permainan lebih rancak mengundang separuh masa kedua, tetapi kededua pasukan gagal mencipta sebarang peluang gol ketara dan masing-masing terpaksa berpuas hati dengan satu mata




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >