Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penutupan jalan: Penganjur Tour de France S’pore beri penjelasan

Oct 31, 2023 | 03:11 PM



Penganjur Kriterium Tour de France (TDF) Prudential Singapura berkata bahawa mereka “berusaha memastikan maklumat mengenai penutupan jalan tersedia di pelbagai platform” menjelang acara hujung minggu lalu di Suntec City,  pada Isnin.

Beberapa orang awam dilaporkan tidak menyedari penutupan jalan raya bagi perlumbaan dua hari itu dan telah menghubungi talian hotline akhbar Cina, Lianhe Zaobao untuk membuat aduan.


Mereka menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas berhampiran kawasan itu telah melambatkan tempoh perjalanan antara 30 minit dengan 60 minit. 

Beberapa jalan ditutup atau diubah hala bagi acara yang berlangsung dari 28 hingga 29 Oktober, termasuk bahagian Nicoll Highway, Bras Basah dan jalan berhampiran War Memorial, Esplanade Drive dan Temasek Boulevard.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, Evoke Exp – penganjur Kriterium Singapura – menyatakan bahawa maklumat itu disebarkan melalui iklan radio, nasihat lalu lintas dikemukakan di pelbagai halaman media sosial, papan LED bagi memberitahu pemandu tentang penutupan jalan serta melalui pengendali bas, laman web SBS Transit dan Tower Transit.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga telah mengeluarkan nasihat melalui sistem pemantauan lebuh raya, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >