PENGALAMAN bermain di beberapa kelab bola sepak Perancis membuat penyerang baru Warriors FC, Johnathan Behe, menjadi salah seorang pemain yang harus diberi perhatian musim baru Liga-S ini.
Behe, yang sebelum ini pernah menyertai kelab Montpellier semasa baru bertapak dalam dunia bola sepak profesional sewaktu usia belia, menjadi tunggak harapan serangan kelab bimbingan Jorg Steinebrunner dari Jerman, selepas kehilangan Fazrul Nawaz yang berpindah ke Tampines Rovers.